POLITIK

MCA Masih Bersama BN - Wee

16/01/2026 04:37 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan bahawa MCA masih bersama Barisan Nasional (BN), sebagai antara pengasas gabungan itu.

“Untuk MCA, kami adalah pengasas Barisan Nasional. Oleh itu, parti pengasas ini masih terus bersama,” katanya kepada pemberita selepas ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini, hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya mengajak semua pihak  yang “merajuk” untuk kembali memperkukuh kekuatan BN.

Sebelum ini, MCA menegaskan kesediaannya menilai semula kedudukan strategik dalam BN sekiranya UMNO bekerjasama secara khusus dengan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Mengulas mengenai ucapan Ahmad Zahid, Wee berkata usaha memperkukuh parti perlu dilihat sebagai satu proses membina semula keyakinan dan sokongan rakyat.

Beliau berkata bagi MCA, parti itu akan bekerja keras untuk menarik kembali sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan