AM

Banjir Di Sarawak Pulih Sepenuhnya, Semua PPS Ditutup

17/01/2026 08:55 PM

KUCHING, 17 Jan (Bernama) -- Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi, iaitu PPS Balai Raya Sebauh, Bintulu ditutup pada 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua 24 mangsa daripada 15 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan banjir menunjukkan pemulihan sepenuhnya dan selamat didiami.

Penutupan PPS terakhir itu menandakan semua PPS yang dibuka susulan bencana banjir di negeri berkenaan ditutup secara berperingkat selepas paras air surut dan cuaca bertambah baik.

Menurut JPBN Sarawak, mangsa banjir di PPS Balai Raya Sebauh yang beroperasi sejak 9 Jan lepas dilaporkan berasal dari beberapa kawasan di Bintulu antaranya Taman Tedeum, Kampung Hilir Sebauh, Kampung Hulu Sebauh dan Kampung Pandan.

Banjir di Sarawak dilaporkan bermula sejak 31 Dis lepas susulan hujan lebat berterusan, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan