KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Seorang pemandu treler dan kelindannya maut akibat tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) selepas kenderaan itu terbabas merempuh penghadang jalan berhampiran Jalan Empat off Jalan Chan Sow Lin di sini, malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.55 malam sebelum sembilan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu digegaskan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Nur Zahela Mohamad Zainal telah memaklumkan setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah treler telah melanggar batu penghadang konkrit lebuh raya yang mengakibatkan dua lelaki iaitu pemandu dan kelindan warga tempatan tercampak ke bawah lebuh raya terbabit.
"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut PGO JBPM Kuala Lumpur dalam satu kenyataan.
Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial