JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Tahan Gelandangan Bakar Motosikal Di Pandan Mewah

22/01/2026 06:02 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes membakar motosikal di Pandan Mewah, dekat sini awal pagi Selasa lepas, seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata tangkapan ke atas suspek yang merupakan seorang gelandangan, dibuat pada 9.41 malam, hari yang sama.

"Sebanyak enam laporan polis diterima, melibatkan pemilik kenderaan dan rumah yang terkesan dengan kebakaran berkenaan.

“Suspek seorang gelandangan, sebelum ini memang sentiasa menjadikan kawasan persekitaran di situ sebagai tempat tidurnya." katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata kes yang berlaku pada 4.21 pagi, 20 Jan itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Sebelum ini, tular sebuah rakaman video berdurasi pendek memaparkan seorang individu membakar sebuah motosikal di kawasan parkir yang turut menyebabkan kerosakan kepada harta benda berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan