AM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pengiktirafan Terhadap Dedikasi Demi Pembangunan Negara - Anwar

22/01/2026 07:01 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini bukan sekadar angka semata-mata, sebaliknya merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen golongan berkenaan dalam memacu pembangunan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan kenaikan gaji baharu itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun dan terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam negara.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi dan semangat kebangsaan. Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya,” kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pelarasan gaji fasa kedua merupakan kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar keseluruhan 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana, dan Kumpulan Pengurusan dan Professional serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT). 

Fasa Kedua menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menerima pelarasan sebanyak tiga peratus.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan