GEORGETOWN, 23 Jan (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memadam 12 kebakaran terbuka dalam tempoh 12 jam hari ini, susulan cuaca panas dan kering yang melanda negeri itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri John Sagun Francis berkata dari 8 pagi hingga 8 malam, pihaknya menerima 29 panggilan kecemasan dengan 17 daripadanya melibatkan kes kebakaran.
“Daripada keseluruhan kes kebakaran itu, 10 kejadian melibatkan kebakaran lalang dan belukar yang dipengaruhi oleh keadaan cuaca kering serta berangin ketika ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Selain itu, beliau berkata dua kes kebakaran sampah turut direkodkan di Kepala Batas dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran sisa secara terbuka oleh penduduk setempat.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menghentikan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, selain tidak membuang puntung rokok merata-rata bagi mengelakkan risiko kebakaran yang lebih serius khususnya dalam keadaan cuaca panas dan kering.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial