AM

'MU Menang, Cucu Saya Tak Puas Hati', Seloroh PM Anwar

26/01/2026 03:49 PM

PUTRAJAYA, 26 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menceriakan majlis rasmi apabila berseloroh berkenaan kemenangan kelab bola sepak Manchester United (MU), sambil mendedahkan wujud "ketegangan peribadi" dengan cucunya yang menyokong Arsenal.

Berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara (JAN), Anwar yang juga Menteri Kewangan memulakan ucapan dengan menzahirkan rasa syukur atas kelancaran majlis, sebelum secara spontan mengaitkannya dengan keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

"Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan majlis ini. Saya tambah sukacita kerana semalam Arsenal menang dua, tetapi Manchester United menang tiga.

"Sebab cucu saya marah betul. Saya ikuti juga perkembangan ini," kata perdana menteri yang merupakan penyokong setia pasukan Manchester United, sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Majlis itu turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Dalam aksi EPL di Stadium Emirates awal pagi tadi, Manchester United mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas pendahulu liga Arsenal, hasil jaringan Matheus Cunha pada minit akhir perlawanan, selepas kedua-dua pasukan saling berbalas gol dalam perlawanan yang penuh dramatik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan