DUNIA

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Pengambilan Untung

29/01/2026 02:25 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari, berbanding aliran serantau, susulan jualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih akibat aktiviti pengambilan untung.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.43 peratus atau 25.12 mata kepada 1,731.37 daripada 1,756.49 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 3.18 mata lebih rendah pada 1,753.31 dan bergerak antara julat  1,719.52 dan 1,753.31 sepanjang sesi pagi.

Ad Banner

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 808 berbanding 273, manakala 469 kaunter tidak berubah. Sebanyak 1,169 kaunter tidak diniagakan dan 109 digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.79 juta saham bernilai RM1.91 juta.

Memandangkan FBM KLCI sebelum ini mencatat kenaikan berlebihan, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan aktiviti pengambilan untung akan berterusan hari ini, dengan pengukuhan ringgit turut menekan sektor teknologi dan berorientasikan eksport.

“Dagangan Rabu menyaksikan FBM KLCI mengalami pembetulan selepas mencatat kenaikan lima hari berturut-turut, namun penunjuk teknikal masih menunjukkan isyarat positif.

“Paras rintangan dijangka berada pada 1,771 hingga 1,776, manakala paras sokongan dilihat pada 1,736 hingga 1,741 hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank merosot 16 sen kepada RM11.64, Public Bank susut lapan sen kepada RM4.87, CIMB jatuh 14 sen kepada RM8.51, Tenaga Nasional berkurangan 10 sen kepada RM13.98, dan IHH Healthcare turun 20 sen kepada RM8.82.

Bagi kaunter paling aktif, Zetrix AI susut dua sen kepada 80 sen, Capital A meningkat 3.5 sen kepada 62 sen, manakala Bina Puri Holdings dan Niche Capital Emas masing-masing naik setengah sen kepada 30 sen dan 12 sen.

 

Antara kaunter untung tertinggi, Dutch Lady Milk Industries meningkat 70 sen kepada RM33.72, Kuala Lumpur Kepong naik 24 sen kepada RM20.06, Allianz Malaysia menambah 22 sen kepada RM23.22, dan Country View naik 18 sen kepada RM3.14.

Sementara itu, antara kaunter rugi tertinggi, Nestle naik 50 sen kepada RM114.00, VSTECS meningkat 18 sen kepada RM4.21, Southern Cable Group menambah tujuh sen kepada RM2.13, dan KJTS naik 5.5 sen kepada 87.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 merosot 163.28 mata kepada 12,493.90, Indeks FBM Emas susut 158.30 mata kepada 12,684.09, Indeks FBM Mid 70 turun 146.33 mata kepada 17,416.90, dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 134.93 mata kepada 12,261.34, manakala Indeks FBM ACE meningkat 2.11 mata kepada 4,748.87. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 356.23 mata kepada 21,151.45, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.25 mata kepada 175.76, Indeks Tenaga merosot 6.62 mata kepada 750.81 dan Indeks Perladangan turun 70.14 mata kepada 8,374.64.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan