EKONOMI

MISC Peroleh Kontrak Hantar LNG Selama 20 Tahun Daripada Petronas LNG

03/02/2026 03:18 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- MISC Bhd (MISC) menerima surat lantikan (LoA) daripada PETRONAS LNG Ltd (PLL) bagi perkhidmatan penghantaran gas cecair asli (LNG) jangka panjang, melibatkan tiga kapal pengangkut LNG baharu. 

MISC berkata mengikut LoA yang dikeluarkan pada 30 Jan, 2026, ia akan memajak tiga kapal pengangkut LNG baharu kepada PLL masing-masing bagi tempoh 20 tahun dengan perkhidmatan bermula pada 2029 dan disediakan menerusi anak syarikat milik penuhnya. 

“Tempoh pajakan termasuk risiko komersial, pelaksanaan projek dan operasi yang wujud dalam industri.

“MISC akan mengambil langkah sesuai untuk mengurangkan risiko melalui kawalan, pengalaman dan kepakaran operasi yang mantap,” kata konglomerat maritim itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

MISC berkata selaras dengan LoA tersebut, ia telah memeterai kontrak pembuatan kapal dengan Hudong-Zhonghua Shipbuilding (Group) Co Ltd bagi membina tiga kapal pengangkut LNG.

Katanya, projek itu tidak akan menjejaskan modal saham MISC, dan dijangka tidak memberi kesan kewangan yang ketara kepada kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2026. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan