DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Walaupun Kenaikan COMEX AS

06/02/2026 08:28 PM

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) --  Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat walaupun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 turun kepada AS$4,877.9 setiap auns troy daripada AS$4,892 pada Khamis, Mac 2026 merosot kepada AS$4,895.4 setiap auns troy daripada AS$4,909.50 semalam dan April 2026 berkurangan kepada AS$4,912.20 setiap auns troy daripada AS$4,926.30 semalam.

Kontrak Mei, Jun dan Ogos 2026 turut menguncup kepada AS$4,912.2 setiap auns troy daripada AS$4,926.30 semalam.

Jumlah dagangan menyusut kepada 52 lot daripada 35 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 151 kontrak daripada 126 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$4,847.25 setiap auns troy, menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 5 Februari, 2026. 

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan