AM

Mekanik Cedera Parah Letupan Di Bengkel

07/02/2026 05:09 PM

KOTA BHARU, 7 Feb (Bernama) -- Seorang mekanik cedera parah akibat letupan disyaki berpunca daripada kebocoran gas penyaman udara sebuah kenderaan di bengkel kereta dekat Kampung Air Merbo, Jedok, Tanah Merah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata pihaknya menerima makluman pada kira-kira 8 malam dan kejadian berlaku semasa Mohd Sharul Nizam Rahim, 31, membaiki kenderaan seorang diri di bengkel itu.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kaki kanan dikejarkan ke Hospital Tanah Merah dan sedang dirawat di unit rawatan rapi serta dilaporkan masih belum stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Haki berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan pemeriksaan mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di bengkel itu.

Beliau berkata Pasukan Forensik dan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri juga telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan