MUAR, 8 Feb (Bernama) -- Polis mengesan dua letupan kecil sepanjang operasi pemadaman kebakaran tanah gambut di Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 13 dan 14, Air Hitam, di sini yang masuk hari kesembilan hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata letupan kedua dikesan semalam di sektor D operasi pemadaman manakala letupan pertama pada Selasa lepas, dipercayai berpunca daripada kebakaran yang masih aktif di bawah permukaan.
“Punca sebenar dua insiden itu masih dalam siasatan polis namun akses ke kawasan terlibat agak terhad berikutan asap tebal serta struktur tanah gambut yang longgar dan lembut menyukarkan usaha menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Raiz Mukhliz berkata atas pertimbangan keselamatan, polis menutup sepenuhnya sektor D dan operasi pemadaman diteruskan dengan kaedah pemadaman dari udara menggunakan helikopter dan dikawal sepenuhnya.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan kejadian dan memaklumkan polis akan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial