JOHOR BAHRU, 12 Feb (Bernama) -- Tiga daripada tujuh murid sekolah rendah di daerah Kota Tinggi yang menghidap Tuberkulosis (Tibi) telah sembuh, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin.
Beliau berkata murid berkenaan dipantau selama seminggu sebelum mereka dibenarkan kembali ke sekolah.
“Tiga lagi murid di Kota Tinggi dan seorang di Pontian, masih menjalani kuarantin mengikut prosedur kesihatan yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Petrosains Playfarm Johor Bahru, hari ini.
Beliau berkata keseluruhannya sebanyak 804 kontak rapat disaring bagi kluster di Kota Tinggi terdiri daripada guru, murid dan keluarga kepada enam murid yang didapati positif Tibi.
“Di Pontian pula, saringan hanya membabitkan 31 murid dengan seorang positif,” katanya.
Menurut Aznan, penularan penyakit Tibi di sekolah dilaporkan masih terkawal dan langkah membendungnya telah diambil sewajarnya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata sebanyak 37 kes Tibi dikesan di Johor setakat ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial