AM

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 6,655 Orang Petang Ini

27/02/2026 04:40 PM

KOTA KINABALU, 27 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 6,655 orang daripada 2,326 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 5,860 orang daripada 2,067 keluarga tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiga daerah menunjukkan peningkatan mangsa, iaitu Tenom dengan 4,345 orang daripada 1,467 keluarga, Beaufort (1,529 orang, 535 keluarga) dan Membakut (441 orang,173 keluarga).

Kesemua mereka ditempatkan di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak Rabu lepas.

Di Sipitang, jumlah mangsa kekal kepada 340 orang daripada 151 keluarga manakala banjir di Sook pulih dengan PPS di daerah itu ditutup pada 2 petang.

Secara keseluruhan, jumlah kawasan terjejas banjir di empat daerah sebanyak 142 kampung. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Beaufort memaklumkan talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) sedang mengalami gangguan dan orang ramai boleh menghubungi talian alternatif 010-8211952.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan