JENAYAH & MAHKAMAH

JPNS Tidak Kompromi Warga Pendidik Terlibat Aktiviti Salah Laku

01/03/2026 10:32 PM

SEREMBAN, 1 Mac (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku melibatkan jenayah dan pelanggaran undang-undang khususnya melibatkan warga pendidik, susulan penahanan seorang guru yang didakwa atas kesalahan berkaitan dadah, semalam.

JPNS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, maklumat berhubung penahanan suspek berkenaan telah diterima, serta akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa.

"JPNS akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan  yang sedang dijalankan, di samping melaksanakan siasatan dalaman dan mengambil tindakan tatatertib selaras dengan peraturan perkhidmatan awam," menurut kenyataan itu, di sini hari ini.

Polis menahan seorang guru lelaki berusia 41 tahun di sebuah rumah sekitar daerah ini pada petang semalam kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan