KUANTAN, 7 Mac (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan dilaporkan hilang di Taman Chegar Medang, Bentong pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Puteri Nor Aishah Ahmad Sulaiman,14, daripada ibunya semalam.
“Wanita itu memaklumkan kali terakhir mereka berjumpa semasa anaknya hendak keluar ke bazar Ramadan pada 6.45 petang 4 Mac,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semasa itu, remaja berketinggian 157 sentimeter dengan berat 45 kilogram memakai baju lengan pendek dan seluar jeans hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerusi talian 09-223 1999.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial