KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd telah memperoleh kontrak untuk kerja-kerja pemasangan elektrik bernilai gabungan berjumlah RM62.5 juta di Singapura melalui anak syarikat tidak langsung miliknya yang 60 peratus, ES Energy Solution Pte Ltd.
Kumpulan perkhidmatan kejuruteraan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak daripada Win Engineering Pte Ltd melibatkan pembekalan dan pemasangan sistem elektrik untuk projek bangunan dan infrastruktur di Singapura.
Kontrak pertama bernilai RM9.33 juta, melibatkan kerja-kerja berkaitan elektrik untuk projek kediaman 284 unit di Tampines N2C24, ia tempohnya dijadualkan dari 13 Oktober, 2025 hingga 12 Mac, 2028.
Kontrak kedua pula bernilai RM39.46 juta adalah untuk kerja-kerja elektrik termasuk bekalan kuasa tanpa gangguan dan sistem voltan rendah tambahan di Kolej Junior Jurong Pioneer dengan projek dijadualkan berjalan dari 5 Mac, 2026 hingga 4 Mac, 2028.
Sementara itu, kontrak ketiga, bernilai RM13.72 juta, melibatkan kerja-kerja pemasangan elektrik termasuk pendawaian telefon, perlindungan kilat, pemasangan CATV, pencahayaan luaran, sistem penggera kebakaran dan kerja-kerja elektrik sementara untuk projek-projek di Ang Mo Kio dan Marsiling.
“Tempoh pembinaan keseluruhan untuk kerja-kerja kontrak berkenaan adalah dari 9 September, 2025 hingga 8 September, 2029 dan tarikh siap adalah berbeza mengikut blok bangunan,” kata kumpulan itu.
ES Sunlogy berkata kontrak-kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh projek tersebut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial