KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki warga tempatan maut selepas bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah unit kediaman di Jalan Gombak ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis, di sini malam tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dalam kejadian pada 9.07 malam itu, pihak polis sedang melakukan serbuan di kediaman berkenaan berhubung kes curi motosikal dan dua suspek cuba melarikan diri dengan bertindak terjun dari unit kediaman berkenaan.
“Mangsa berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala seorang lagi suspek selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fadil berkata dalam serbuan itu, polis menahan 12 individu, iaitu empat lelaki, lima wanita termasuk tiga kanak-kanak, berumur lingkungan tiga hingga 42 tahun, dan dua daripadanya warganegara Indonesia.
Beliau berkata pihak polis turut merampas dua motosikal curi dan beberapa jenis dadah di kediaman itu, serta siasatan lanjut sedang dijalankan.
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan maklumat tidak sahih bagi mengelakkan kegusaran awam serta mengganggu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial