BERITA TERGEMPAR   Super League: PDRM FC 1-6 Negeri Sembilan FC | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Warga Emas Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Rumah

13/03/2026 10:26 PM

KEPALA BATAS, 13 Mac (Bernama) -- Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah berhampiran kedai nasi ayam berempah di Kampung Guar Kepayang di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohamad Shoki Hamzah berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.59 petang sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, api sedang marak dan kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 298 meter persegi dan ketika ini, anggaran kemusnahan sekitar 70 peratus.

"Pihak bomba menerima maklumat awal terdapat seorang mangsa terperangkap di dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah bilik pada 5.55 petang, namun setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah lain pada 5.40 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan