SUKAN

Semangat Berpasukan Kunci Bawa Pulang Piala Thomas - Rashid

17/03/2026 04:30 PM

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek berpandangan bahawa kunci kejayaan Malaysia untuk merampas semula Piala Thomas bukan hanya bergantung kepada prestasi individu pemain, sebaliknya semangat berpasukan yang kuat serta kepercayaan antara satu sama lain menjadi faktor utama.

“Dalam kejohanan berpasukan, apa sahaja boleh berlaku. Kadang-kadang pasukan yang nampak lemah menang, manakala yang nampak kuat pula tewas.

“ Contohnya, siapa sangka India boleh muncul juara Piala Thomas? Jadi selain prestasi semasa atlet, semangat berpasukan sangat penting, terutama dalam kejohanan berpasukan seperti Piala Thomas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya mengenai peluang Malaysia menamatkan kemarau 34 tahun membawa pulang Piala Thomas ke tanah air, Rashid optimis ia mampu direalisasikan.

Dalam pada itu ketika ditanya berkenaan peluang skuad negara menamatkan kemarau 34 tahun untuk membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia, Rashid optimis ia mampu direalisasikan.

Justeru beliau menyeru semua pihak terus menyokong dan memberi dorongan kepada skuad negara.

“Malaysia sebenarnya ada potensi untuk menang kerana pasukan mempunyai kualiti tersendiri.

“ Kita kena percaya dengan pasukan kerana kebanyakan pemain yang dipilih adalah mereka yang kerap menyertai kejohanan setiap bulan,” katanya.

Piala Thomas dijadualkan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei depan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan