KOTA KINABALU, 18 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan pemberian cuti umum tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, seiring dengan pengumuman dibuat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Menurut Warta Kerajaan Keluaran Khas hari ini, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman telah menetapkan Jumaat (20 Mac) sebagai hari kelepasan am tambahan, sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu (21 Mac).
Warta itu turut menyatakan sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada Jumaat (20 Mac) maka cuti umum tambahan negeri itu ditetapkan pada Isnin (23 Mac).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Sabah pada Ahad lepas, mengumumkan penetapan tarikh yang sama sebagai cuti tambahan Aidilfitri bagi memudahkan urusan perancangan rakyat di seluruh negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial