AM

APMM Perak Patahkan Cubaan Seludup Daun Ketum Di Pulau Pangkor

03/04/2026 07:30 PM

IPOH, 3 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 75 kilogram daun ketum melalui jalan laut di Perairan Pulau Pangkor, semalam.

Pengarah APMM Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan sebelum bot ronda digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan.

"Pemeriksaan ke atas sebuah bot tanpa nombor pendaftaran kira-kira 0.3 batu nautika di timur Pulau Pangkor mendapati ia dikendalikan dua lelaki tempatan.

"Hasil pemeriksaan lanjut menemukan 15 bungkusan beg plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum dipercayai untuk edaran sekitar Pulau Pangkor," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menahan kedua-dua suspek termasuk tekong berusia lingkungan 32 hingga 46 tahun dan merampas daun ketum yang dianggarkan bernilai RM110,000.

Mohamad Shukri berkata kedua-dua suspek dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh dan diserah kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Racun 1952.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan