KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan harga minyak di pam tidak turun disebabkan harga pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu lepas, bukan hari ini, meskipun harga minyak mentah global turun.
Menurut infografik yang dimuatnaik di akaun X MOF, kementerian itu berkata bekalan semasa dibeli pada harga lebih tinggi dan masih mempengaruhi harga pam.
"Harga minyak global melonjak sejak lima minggu lalu, meningkatkan kos termasuk logistik dan insurans.
"Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar US$150 setong (petrol) dan US$250 setong (diesel)," kata MOF menerusi hantaran itu.
Terdahulu, MOF dalam satu kenyataan, memaklumkan harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter.
“Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial