SUKAN

Sze Fei-Nur Izzuddin Terkandas Di Pusingan Pertama BAC 2026

08/04/2026 11:37 PM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa pulang awal kempen Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 apabila tewas di pusingan pertama di Ningbo, China hari ini.

Aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo menyaksikan pilihan ketujuh kejohanan itu ditumpaskan gandingan Thailand Chaloempon Charoenkitamorn-Worrapol Thongsa-nga dalam perlawanan sengit 22-24, 21-18, 11-21. 

Sementara itu, seorang lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tumpas kepada gandingan China He Ji Tang-Ren Xiang Yu 18-21, 18-21. 

Berbeza nasib dengan beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah yang berjaya melangkah ke pusingan seterusnya selepas menumpaskan pasangan Hong Kong Fan Ka Yan-Yau Mau Ying 21-14, 21-11.

Menanti Pearly-Thinaah di pusingan kedua adalah pasangan Taiwan, Hsu Yin-Hui-Lin Jhih Yun.

Pemain perseorangan wanita negara K. Letshanaa turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain India Tanvi Sharma dalam perlawanan straight set 21-19, 21-14. 

Letshanaa akan membuat perhitungan dengan wakil Korea Selatan Sim Yu Jin yang menewaskan pilihan kelima dari China, Han Yue 16-21, 21-10, 21-15.

Seorang lagi wakil perseorangan wanita negara Goh Jin Wei terlepas peluang mara selepas  dikecewakan pencabar Jepun Tomoka Miyazaki 12-21, 15-21.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan