JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan penempatan warga asing selepas menahan 40 individu atas pelbagai kesalahan di sebuah kediaman di Kampung Baru Muafakat di sini pada 12.20 tengah malam tadi.
Pengarah JIM Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki warganegara Pakistan; tiga lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki warga Myanmar serta dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia, berusia antara dua hingga 59 tahun.
"Kesemua mereka sedang berehat di rumah setinggan yang mempunyai banyak bilik dan dijadikan tempat tinggal sejak dua bulan lepas semasa Ops Sapu dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rusdi berkata ada antara mereka yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di dalam bilik bagi mengelak pemeriksaan, namun berjaya diberkas anggota penguat kuasa.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati pendatang asing terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Kesemua individu ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan serta tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial