KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selain lapan negeri hingga 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan negeri Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena serta Padang Terap.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut) serta Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
Kawasan terjejas di Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.
Sementara itu di Sarawak, kawasan yang terkesan ialah Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis, Beluru dan Marudi).
Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial