SUKAN

BAC 2026: Tiga Beregu Tersingkir, Cabaran Malaysia Tamat Di Suku Akhir

10/04/2026 10:56 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 berakhir selepas ketiga-tiga pasangan negara tersingkir pada saingan suku akhir di Ningbo, China, hari ini.

Dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, beregu wanita negara yang juga pilihan kedua Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada pasangan nombor sembilan dunia dari China Li Yi Jing-Luo Xu Min dengan straight set 21-13, 21-15.

Ia adalah kekalahan kedua pasangan Malaysia itu kepada gandingan China berkenaan dalam tiga pertemuan.

Sementara itu, beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tersingkir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju dalam perlawanan sengit selama satu jam 23 minit.

Pasangan nombor dua dunia itu bangkit memenangi set kedua untuk mengheret aksi ke set penentuan, namun gandingan Korea Selatan yang berada di kedudukan ke-22 dunia berjaya mengawal permainan untuk meraih kemenangan 21-19, 16-21, 21-13.

Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut tersingkir pada peringkat suku akhir.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan