JENAYAH & MAHKAMAH

Gaduh Di Hadapan Sekolah, Polis Tahan 15 Individu

11/04/2026 06:12 PM

JOHOR BAHRU, 11 April (Bernama) -- Polis menahan 15 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 12.45 tengah hari semalam, dan mereka ditahan terdiri daripada 13 kanak-kanak lelaki serta dua wanita tempatan berusia antara 12 hingga 37 tahun. 

Mereka ditahan antara 3 petang hingga 11.11 malam tadi di kawasan Nusa Bestari serta Iskandar Puteri.

“Punca pergaduhan dipercayai akibat tidak puas hati apabila seorang daripada suspek telah ditampar hingga membawa pergaduhan selepas waktu persekolahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas dua wanita terbabit dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini, manakala semua kanak-kanak lelaki direman sehingga 14 April.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 kanun sama iaitu sengaja mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 29 saat yang memaparkan pergaduhan itu tular di Facebook.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan