JAKARTA, 11 April (Bernama) -- Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengulangi gesaan agar seni pertahanan diri pencak silat disenaraikan dalam Sukan Olimpik, sambil menzahirkan keyakinan bahawa sukan tradisional itu akan mendapat pengiktirafan global yang lebih meluas.
Prabowo, yang juga merupakan Pengerusi Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI), mengakui cabaran besar yang menanti dan menekankan keperluan untuk usaha berterusan bagi memajukan sukan itu di peringkat antarabangsa.
"Perjalanan masih jauh. Kita berharap pencak silat akan disenaraikan dalam Olimpik. Kita yakin ia akan tercapai," katanya semasa merasmikan Kongres Nasional IPSI Ke-16 pada Sabtu.
Sementara itu, beliau turut memohon maaf kerana belum berjaya membawa pencak silat ke pentas Olimpik sepanjang tempoh perkhidmatannya dan berharap penggantinya kelak dapat merealisasikan matlamat berkenaan.
Prabowo, yang turut mengumumkan tidak akan bertanding semula bagi jawatan Pengerusi IPSI, menegaskan bahawa usaha mengejar penyertaan Olimpik tidak seharusnya diberi penekanan melampau sehingga mengabaikan keutamaan asal iaitu memelihara keaslian dan mutu pencak silat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial