AM

Sultan Mizan Berkenan Terima Menghadap Anwar

12/04/2026 07:24 PM

KUALA TERENGGANU, 12 April (Bernama) -- Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata pada pertemuan itu beliau mempersembahkan perkembangan terkini mengenai isu-isu di dalam negara dan Terengganu.

“Dalam sesi ini, saya berkesempatan menyembah maklum terkait perkembangan mutakhir negara serta negeri Terengganu Darul Iman.

“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” kata beliau dalam hantaran itu.

Beberapa gambar sesi menghadap itu turut dikongsikan bersama hantaran tersebut.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan