KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Reneuco Bhd telah mengemukakan rayuan terhadap kemungkinan dikenakan tindakan digantung dan seterusnya dinyahsenarai serta keputusan Bursa Securities Bhd menolak permohonan syarikat bagi lanjutan tempoh membabitkan pelan regularisasi.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu menyatakan susulan rayuan berkenaan, penyahsenaraian sekuritinya yang dijadualkan pada 16 April 2026, akan ditangguhkan sementara menunggu hasil rayuan itu.
“Lembaga Pengarah akan membuat pengumuman selanjutnya membabitkan sebarang perkembangan penting apabila tiba masanya,” menurut syarikat itu.
Syarikat pembinaan tenaga dan utiliti itu telah diklasifikasikan sebagai sebuah syarikat berstatus PN17 pada Februari 2024 selepas juruaudit menyatakan kegagalan mendapat bukti mencukupi untuk dijadikan asas bagi pandangan audit terhadap kenyataan kewangan kumpulan, terutama berkaitan dengan ketepatan dagangan belum diterima, belum dibayar, hasil serta kos jualan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial