EKONOMI

Bursa Malaysia Akan Gantung Dagangan Saham Sentoria Mulai 21 April

14/04/2026 12:07 PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti pemaju hartanah Sentoria Group Bhd berkuat kuasa 21 April 2026, susulan perintah penggulungan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi.

Bursa Malaysia hari ini mengumumkan bahawa penggantungan itu selaras dengan Perenggan 16.02(1)(j) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Pada 8 Januari, 2026, Bursa Malaysia memberikan Sentoria lanjutan selama enam bulan, sehingga 3 Jun 2026 untuk mengemukakan pelan penyelarasan semulanya.

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa ia mempunyai hak untuk menggantung dagangan sekuriti tersenarai syarikat dan untuk menyahsenaraikannya jika syarikat itu gagal mengemukakan pelan penyelarasan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan pada atau sebelum tarikh akhir ditetapkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan