"Untuk kontinjen Terengganu kita telah mengarahkan persatuan-persatuan agar mencari penginapan yang paling dekat dengan lokasi kejohanan dan selesa. Buat masa sekarang semua berjalan lancar.
"Dari sudut positif kami boleh pilih sendiri mana nak duduk. Kalau perkampungan sukan, atlet terpaksa terima bilik yang diberikan, sama ada selesa atau tidak. Satu lagi makan minum pun kita terpaksa pergi ambil.
“Kalau kata kita bermain di Kajang dan menginap di Shah Alam, terpaksa ambil balik di Shah Alam. Kadang-kadang makanan disediakan terlalu awal itu yang menjadi punca kes keracunan makanan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Penghargaan Kecemerlangan Akademik (Sijil Pelajaran Malaysia 2025) Atlet Terengganu, di sini malam tadi.Turut hadir Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Mohd Shahrizal Yahaya.
Sebanyak 40 atlet yang memperoleh keputusan 4A hingga 12A dalam SPM 2025 baru-baru ini menerima insentif antara RM300 hingga RM500 seorang.
Bagaimanapun, Hishamuddin berkata keputusan untuk tidak mengadakan perkampungan sukan pada temasya dwitahunan itu turut memberikan lebih cabaran kepada kontinjen negeri untuk menguruskan pelbagai aspek dengan jumlah atlet yang ramai.
Sehubungan dengan itu, pihaknya memohon penganjur SUKMA Selangor 2026 mengkaji semula kadar subsidi sebanyak RM100 sehari yang diberikan kepada atlet berikutan peningkatan kos semasa.
"Kita berharap keputusan ini dapat dinilai semula. Langkah menaikkan subsidi dapat memberikan kemudahan pengangkutan dan penginapan yang lebih selesa kepada atlet," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata penganjuran SUKMA 2026 di Selangor pada Ogos nanti menyaksikan tiada perkampungan sukan disediakan untuk kontinjen bertanding, sebaliknya setiap atlet akan diberikan subsidi sebanyak RM100 sehari bagi membantu kos penempatan dan perbelanjaan berkaitan, sepanjang temasya berlangsung.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial