AM

LBS Lancar Kempen "Score More Than A Home", Hargai Pelanggan Sempena Ulang Tahun Ke-65

16/04/2026 05:50 PM

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka melancarkan kempen pemilikan rumah Score More Than a Home sempena ulang tahun ke-65 syarikat itu.

LBS dalam kenyataan memaklumkan kempen itu, bukan sahaja bertujuan untuk menghargai pemilik rumah, malah turut menawarkan pelbagai insentif menarik termasuk hadiah cabutan bertuah bernilai tinggi kepada pembeli.

Antara tarikan utama ialah hadiah eksklusif berupa pengalaman bola sepak di England, yang merangkumi pakej perjalanan lima hari empat malam untuk dua orang, lengkap dengan tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan, lawatan ke stadium, serta tiket menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi ganjaran lain termasuk jersi bola sepak bertandatangan, pinggan emas edisi terhad, baucar pelancongan, baucar runcit serta pakej perabot terpilih untuk membantu pemilik rumah menjadikan kediaman mereka selesa untuk didiami.

Menurut kenyataan LBS itu, kempen yang berlangsung dari 1 April hingga 31 Julai depan, melibatkan beberapa pembangunan terpilih LBS seperti SkyRia, Astella, Aulica, KITA Sejati, KITA Avenue, Prestige dan Centrum Iris.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Tan Sri Ir Dr Lim Hock San dalam kenyataan itu berkata pencapaian 65 tahun bukan sekadar meraikan sejarah syarikat, malah sebagai penghargaan kepada individu yang telah membentuk perjalanan kumpulan berkenaan.

“Melalui kempen ini, kami berhasrat untuk mempertingkatkan pengalaman pemilikan rumah dengan mencipta nilai yang bermakna, seiring usaha kami membina masa depan bersama dan memupuk komuniti di mana keluarga berkembang maju.

“Buat pertama kalinya, kami memperkenalkan hadiah utama yang luar biasa, sebuah pengalaman bola sepak di England yang tidak dapat dilupakan, sekali gus menawarkan peluang sekali seumur hidup kepada para pemilik rumah merealisasikan impian bola sepak mereka dan mencipta kenangan yang berkekalan,” katanya.

Lim berkata kempen itu mencerminkan kepercayaan LBS bahawa pemilikan rumah merupakan satu perjalanan peribadi, dengan setiap pembangunan bukan sekadar kediaman tetapi asas kepada pembinaan komuniti dan kehidupan.

“LBS menggalakkan bakal pembeli untuk merebut peluang berkenaan bagi memulakan lembaran baharu yang dipenuhi harapan, pencapaian dan kebanggaan memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai kempen Score More Than a Home, boleh diperoleh dengan melayari https://lbs.com.my/65celebration/ atau muat turun aplikasi mudah alih Hello by LBS.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan