AM

Kebakaran Kampung Bahagia: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Takziah

20/04/2026 12:17 PM

KUANTAN, 20 April (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita serta simpati kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.  

Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini turut mendoakan agar mereka terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudah segala urusan dalam menghadapi ujian berat itu.

“Baginda berdua amat tersentuh dengan tragedi yang mengakibatkan kemusnahan besar apabila kira-kira 1,000 rumah dilaporkan musnah sekali gus menjejaskan 9,007 penduduk.

“Baginda berdua mendoakan agar semua mangsa sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan keadaan kembali pulih seperti sediakala,” menurut hantaran itu. 

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam operasi menyelamat dan bantuan kecemasan kejadian itu serta berharap segala usaha pemulihan dapat dilaksanakan segera.

Semalam, media melaporkan kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia yang berlaku pada awal pagi menyebabkan lebih 9,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan