JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita Warga Myanmar Maut Ditikam, Polis Tahan Bekas Suami Mangsa

24/04/2026 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Seorang wanita warga Myanmar maut dipercayai akibat ditikam oleh bekas suaminya dalam kejadian di sebuah kondominium di Setapak, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai insiden itu pada 2.20 petang.

Susulan itu, polis menahan suspek yang juga warga Myanmar pada hari sama dan merampas senjata yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada cemburu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur pagi tadi mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan tikaman di bahagian dada.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari hingga 30 April ini untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau Pegawai Penyiasat ASP Baldev Singh 012-480 6062 atau hadir ke balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan