KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Tempoh proses carian bahan surat khabar dalam Koleksi Negara berjaya dikurangkan daripada tiga hari kepada sehari menerusi pelaksanaan Pangkalan Data Surat Khabar Koleksi Negara (PNMNewsHub).
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) itu akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada pengguna, sekali gus membolehkan akses kepada surat khabar menjadi lebih pantas untuk tujuan rujukan.
Beliau berkata inisiatif itu turut mengurangkan kos pengguna kerana tidak perlu hadir kali kedua serta penjimatan masa tanpa perlu menunggu hingga tiga hari.
“Selain itu, rekod kedudukan dan pemantauan bahan rujukan dapat dikenal pasti serta direkodkan secara sistematik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Aaron berkata kementerian itu melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui PNMNewsHub, yang merangkumi monograf, terbitan bersiri, serta sumber elektronik dan digital.
“Usaha ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memperkukuh budaya ilmu, memperkasakan inovasi, dan memastikan akses maklumat yang lebih efisien serta inklusif kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial