KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Ringgit diniaga kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain dan ASEAN dalam dagangan awal hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang.
Bagaimanapun, unit tempatan tidak banyak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang mesyuarat ketiga Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk tahun ini, kata seorang penganalisis.
Pada jam 8.18 pagi, mata wang tempatan berada pada 3.9505/9550 berbanding dolar AS daripada 3.9505/9545 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati.
“Peniaga dan pelabur akan memantau penilaian terkini oleh ahli FOMC apabila mereka menamatkan mesyuarat dua hari mereka pada 29 April,” katanya kepada Bernama.
Pada sesi pembukaan, ringgit naik berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.3482/3543 daripada 5.3525/3580 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.4791/4821 daripada 2.4810/4837 ketika ditutup semalam dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6316/6368 daripada 4.6387/6434 pada penutupan pada Isnin.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1011/1051 daripada 3.1018/1052 ketika ditutup pada Isnin dan menambah berbanding baht Thailand kepada 12.2061/2257 daripada 12.2129/2309 ketika ditutup semalam.
Unit tempatan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina masing-masing pada 229.5/229.8 dan 6.50/6.51.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial