KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan meminta orang ramai berwaspada dan tidak terperdaya dengan akaun Facebook palsu “Tokmat Hasan” yang menggunakan gambar beliau.
Timbalan Presiden UMNO itu meminta orang ramai hanya merujuk saluran dan akaun media sosial rasmi beliau bagi mengelakkan kekeliruan.
“Akaun yang menggunakan nama Tokmat Hasan ialah akaun palsu dan tiada kaitan dengan saya. Orang ramai diminta berwaspada dan hanya merujuk saluran sah,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.
Beliau berkata media sosial rasminya di Facebook menggunakan nama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Instagram mohamadhjhasan dan TikTok TokMat@mohamadhjhasan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial