DUNIA

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

30/04/2026 07:12 PM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis walaupun prestasi pasaran tunai stabil.

Kontrak bulan semasa April 2026 susut satu mata kepada 1,719.0, Mei 2026 turun 1.5 mata kepada 1,719.5, Jun 2026 meningkat 16 mata kepada 1,718.5 namun kontrak September 2026 merosot 2.5 mata kepada 1,701.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 11,310 lot daripada 25,545 lot semalam manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 43,924 kontrak daripada 63,112 kontrak, sebelum ini.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FBM KLCI menokok 1.60 mata atau 0.09 peratus kepada 1,722.02 daripada 1,720.42 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.

Dalam pada itu, Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 1 Mei 2026 bersempena cuti umum Hari Pekerja dan akan beroperasi semula pada 4 Mei 2026.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan