JENAYAH & MAHKAMAH

Penunggang Basikal Maut Dilanggar Di Jalan Stutong

02/05/2026 12:12 AM

KUCHING, 1 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan maut selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Stutong awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada 5.43 pagi. 

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa berusia 56 tahun yang sedang mengayuh basikal telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang jenis serta nombor pendaftarannya masih belum dikenal pasti.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 6.30 pagi oleh penolong pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak,” katanya. 

Beliau berkata pihak polis kini giat mengesan suspek yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Russell Stetson Junner di talian 013-857 8601 atau 082-259900 atau balai polis berhampiran.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan