POLITIK

Pengumuman Bantuan Kasih Johor Fasa 4 Dijangka Minggu Depan - Onn Hafiz

02/05/2026 12:38 PM

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dijangka diumumkan minggu depan dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata inisiatif tersebut antara langkah kerajaan negeri menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat Johor, kerajaan negeri pimpinan UMNO akan mengumumkan BKJ Fasa 4 untuk rakyat negeri ini. Insya-Allah, kita umumkan minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Ucapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

BKJ merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Johor sebagai usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan rentan dan berpendapatan rendah.

Setakat ini, lebih 500,000 rakyat negeri itu telah mendapat manfaat bantuan itu, dengan lebih RM150 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Johor 2026 untuk pemberian BKJ.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan