AM

Abang Johari Mula Lawatan Kerja Ke UK, Ireland hari Ini

02/05/2026 02:05 PM

KUCHING, 2 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai lawatan kerja rasmi ke Manchester dan Bristol, United Kingdom (UK) serta Dublin, Ireland dari hari ini hingga 5 Mei.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi kenyataan memaklumkan lawatan itu misi strategik dalam usaha mengukuhkan infrastruktur pusat data, teknologi kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pembangunan bakat negeri.

“Di Dublin, Abang Johari dijadualkan melawat Pusat Data K2 manakala di Manchester beliau akan menyertai program Sarawak Agenda-Townhall serta menghadiri majlis makan malam Lan Berambeh Anak Sarawak.

“Abang Johari juga akan mengadakan sesi libat urus bersama-sama wakil Kerajaan Wilayah Manchester di British Muslim Heritage Centre,” menurut kenyataan itu.

UKAS memaklumkan di Bristol, Abang Johari dijadualkan hadir ke sesi libat urus SMD Semiconductor dengan University of Bristol dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

“Abang Johari juga akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan SMD Semiconductor dan melawat National Composites Centre (NCC),” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan