AM

Pulau Pinang Komited Pastikan Pentadbiran Kekal Stabil

03/05/2026 11:56 AM

GEORGE TOWN, 3 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang komited memastikan pentadbiran negeri kekal stabil, telus dan berintegriti, bagi memastikan negeri terus berada dalam landasan kukuh, khususnya ketika berhadapan ketidaktentuan global dan cabaran semasa dalam negara.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata maklum balas hasil siri jelajah dan lawatan bersama rakyat menunjukkan, rakyat inginkan suasana negeri yang aman, stabil dan teratur.

“Rakyat mahu keadaan yang sejahtera dan stabil, bukan kacau-bilau, jadi sebagai pemimpin, sebagai kerajaan, kita ingin memastikan Negeri Pulau Pinang terus ditadbir dengan penuh tanggungjawab dan baik.

“Khususnya supaya kita dapat tumpu perhatian kepada pembangunan, kesejahteraan, keseimbangan dan keharmonian rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pada Program Jelajah Ketua Menteri ke Pasar Awam Pulau Tikus di sini, hari ini.

Lawatan turut disertai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus Joshua Woo Sze Zeng.

Dalam pada itu, Chow berkata kerajaan negeri sentiasa terbuka menerima kritikan terhadap dasar yang dilaksanakan dan akan terus menambah baik sebarang kelemahan bagi memastikan kestabilan serta keyakinan rakyat terus terpelihara.

Beliau berkata meskipun terdapat isu tertentu yang mencetuskan pelbagai reaksi, perkara itu dianggap sebagai lumrah dalam pentadbiran dan akan ditangani dengan baik demi kepentingan rakyat serta negeri.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan