AM

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Uzbekistan, Hadiri Persidangan Ketamadunan Islam

03/05/2026 01:34 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berangkat ke Tashkent, Uzbekistan bagi menghadiri persidangan antarabangsa bertajuk "Tradisi Saintifik dalam Ketamadunan Islam: Sumber, Potensi dan Cabaran".

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, persidangan itu akan berlangsung pada 5 Mei di Pusat Ketamadunan Islam (CIC) di Tashkent.

“Seri Paduka Baginda yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal memberi titah ucapan diraja kepada lebih 200 peserta terdiri daripada cendekiawan, pemikir dan negarawan pelbagai latar belakang,” menurut hantaran itu.

Mengiringi Raja Permaisuri Agong ke acara itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Raja Zarith Sofiah berangkat ke Uzbekistan dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada pagi tadi.

Yang turut mengiringi Raja Permaisuri Agong ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan isteri Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latif serta Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan