DOHA, 3 Mei (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Sebuah kapal tangki minyak berdaftar Togo, M/T EUREKA, memasuki perairan wilayah Somalia pada Ahad selepas dirampas di luar pantai Yaman, menurut pengawal pantai Yaman, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Kapal tangki itu, yang membawa kira-kira 2,800 tan bahan api diesel, sedang meneruskan pelayaran menuju ke pantai timur laut Somalia di bawah kawalan sembilan warga Somalia bersenjata pelbagai jenis senjata termasuk RPG,” menurut pengawal pantai itu.
Kapal tangki itu dirampas pada Sabtu berhampiran pantai tenggara Yaman sebelum dialihkan ke arah Somalia. Kapal itu membawa muatan diesel dari Emiriah Arab Bersatu (UAE). Terdapat 12 kru kapal terdiri daripada warga Mesir dan India di atas kapal, menurut pengawal pantai Yaman.
Pengawal pantai memaklumkan kapal mereka tidak dapat memintas kapal tangki itu dan terpaksa berpatah balik ke pangkalan di pelabuhan Aden di Laut Merah berikutan kekangan operasi, faktor keselamatan kru serta keadaan laut.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial