KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sabah, setakat 4 petang tadi.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, serta Jerantut dan Maran di Pahang, manakala di Sabah melibatkan daerah Telupid.
Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 darjah Celsius hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh merujuk maklumat terkini status cuaca panas melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, iaitu https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial