AM

NRES, Felda Perkukuh Kerjasama Imbangi Ekonomi Peneroka Dan Kelestarian Alam

06/05/2026 09:18 PM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bakal memperkukuh kerjasama strategik khususnya dalam mengimbangi kerancakan aktiviti ekonomi peneroka dengan agenda kelestarian alam sekitar negara. 

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata fokus kerjasama itu termasuk potensi penglibatan tanah-tanah Felda dalam inisiatif pasaran karbon bagi menjana sumber pendapatan baharu yang lebih hijau.

Beliau berkata sinergi antara kedua-dua pihak turut melibatkan usaha memastikan pemuliharaan kawasan tadahan air di sekitar tanah rancangan terus terpelihara demi kelestarian jangka panjang.

“​Menerima kunjungan hormat daripada delegasi Felda yang diketuai oleh Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di pejabat saya hari ini.

“​Pertemuan ini merupakan platform penting bagi memperkukuh kerjasama strategik antara NRES dan Felda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Arthur turut menzahirkan kepercayaan bahawa melalui kerjasama erat tersebut, warga Felda berupaya mencapai kecemerlangan bukan sahaja dari segi sosioekonomi bahkan menjadi pelopor kepada amalan pertanian mampan demi masa depan generasi akan datang.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan