ISTANBUL, 6 Mei (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata terdapat "peluang yang sangat baik" untuk mencapai satu persetujuan dengan Iran sebelum beliau berlepas ke China.
“Saya rasa kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk membuat perjanjian sekali lagi,” kata Trump kepada PBS, menurut Anadolu Ajansi.
Beliau berkata walaupun mencapai penyelesaian sebelum minggu depan adalah "ideal", namun ia bukanlah satu kemestian.
Lawatan negara Trump ke China dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 15 Mei ini di Beijing.
Bagaimanapun, Presiden itu memberi amaran sekiranya rundingan gagal, Washington akan "kembali ke cara lama," merujuk kepada tindakan menyambung semula kempen pengeboman secara besar-besaran.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial