JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Warga Asing Maut, 11 Selamat Dalam Kebakaran Rumah Kedai Di Jalan Tun H.S. Lee

12/05/2026 09:27 AM

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga asing ditemukan maut manakala 11 lagi individu terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Tun H.S. Lee di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada 2.13 pagi sebelum menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Komander Operasi Azrul Khairi Abu Bakar berkata sebanyak 45 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dengan bantuan BBP Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Sri Hartamas digerakkan ke premis berkenaan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi pada 2.25 pagi, didapati kebakaran melibatkan rumah kedai berkeluasan 15 x 70 kaki persegi yang memusnahkan kira-kira 50 peratus struktur di tingkat bawah dan tingkat satu.

“Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan 11 warga asing terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita. Bagaimanapun, seorang lagi mangsa lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan sama.

Azrul Khairi berkata anggota bomba menggunakan tangga bagi menyelamatkan empat lelaki yang terperangkap di tingkat dua, selain dua lelaki dan seorang wanita yang berada di bahagian bumbung premis berkenaan.

Beliau berkata kesemua 11 mangsa yang terselamat dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut selepas kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 5.10 pagi, namun punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan